SUDUT PSS

Wednesday, June 24, 2009

Bilik BBM

Perpustakaan



Bilik APD

Berita2



Pada 24 dan 25hb 2009. Pusat Kegiatan Guru Mambau telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sebagai langkah persediaan untuk pertandingan Laman Web Majlis Teknopen N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Peserta telah menunjukkan kesungguhan dan minat membina Laman Web Pusat Sumber mereka sendiri. Keseluruhannya sebanyak 35 buah sekolah telah mewujudkan Laman Webnya dengan begitu menarik dan kreatif. En. Shafi’e bin Diron PTP PKG Johol merupakan fasalitator bagi bengkel tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru GPM di atas kerjasama dan dapat menyiapkan tugasan mereka.

BERITA 1


Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.